KAWAN KAWAN

Tuesday, December 7, 2010

ANAK KITA TERLALU LIGAT!!!!!!!!!

Adakah Anak Anda Terlalu Ligat?
Oleh Cik Woo Pei Jun, Ahli Psikologi Perkembangan

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai tenaga yang tidak terhad, mengecahkan rumah dan ligat bermain sepanjang hari. Patuhkah anda bimbang?

Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), adalah gangguan paling kerap dialami oleh kanak-kanak dan remaja. ADHD adalah gangguan tingkah laku yang biasanya disedari pada usia tujuh tahun. Ia boleh memberi kesan kepada semua aspek penting kehidupan kanak-kanak, termasuk pergaulan sosial, pencapaian akademik, dan kesejahteraan fizikal dan psikologi.
Bagaimanapun, tahap seriusnya ADHD mungkin berbeza dan pakar penyelidik mendapati bahawa bantuan strategi dan teknik intervensi dapat mengurangkan gejala di kalangan mereka yang mengalami gangguan ini apabila usia mereka meningkat. Intervensi awal adalah penting dan itulah sebabnya diagnosis gangguan ini penting untuk kesejahteraan masa depan mereka yang mengalami ADHD.

Tahukah Anda?

Di seluruh dunia, ADHD dikatakan menjejaskan 3-5% penduduk dan angka ini semakin meningkat. Di Malaysia, kadarnya di kalangan kanak-kanak berumur antara 5 dan 15 tahun adalah 3.9%. Terdapat juga tanda yang menunjukkan bahawa ADHD menjejaskan lebih ramai budak lelaki daripada budak perempuan, sungguhpun pakar penyelidik masih belum dapat menjelaskan sebabnya.

Gejala ADHD
Seperti kebanyakan gangguan, terdapat gejala tertentu yang menunjukkan kehadiran ADHD di kalangan kanak-kanak. Umumnya, terdapat tiga gejala yang membentuk asas diagnosis ADHD:
Tidak dapat memberi perhatian. Satu daripada gejala utama ialah tidak dapat memberi perhatian penuh. Ini bermakna kanakkanak ADHD biasanya sukar untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu dan perhatian mereka mudah beralih, dan mereka bosan dengan tugas yang diberikan. Gejalanya termasuk mudah hilang tumpuan disebabkan perkara tidak relevan yang dilihat dan didengar, gagal memberi perhatian kepada butiran terperinci dan membuat kesilapan disebabkan kecuaian, sukar mengikut arahan, dan sering melompat dari satu aktiviti ke aktiviti lain. Semua biasanya tidak disedari hingga kanak-kanak mula bersekolah.
Hiperaktif. Ini adalah tanda yang paling jelas dilihat. Kanak-kanak hiperaktif tidak boleh duduk diam dan sentiasa bergerak ke sana sini, menyentuh benda di sekeliling mereka dan bermain dengan apa sahaja yang dilihat di samping bercakap tanpa henti. Mereka mendapati tugas mudah seperti duduk diam sukar dilakukan. Kanak-kanak kecil akan meluru keluar rumah atau ke jalan raya, melompat dan memanjat, seolah-olah mereka mempunyai tenaga yang tidak terhad.
Impulsif. Kanak-kanak impulsif tidak dapat mengawal reaksi spontan mereka atau berfikir sebelum bertindak. Sifat impulsif dapat dilihat apabila kanak-kanak menjawab soalan sebelum soalan sempat dihabiskan, sukar menunggu giliran, dan selalu mencelah atau menyampuk percakapan orang lain. Kanak-kanak ADHD yang menunjukkan tanda impulsif juga sentiasa gelisah, sukar duduk diam dan banyak bercakap.
Selain itu, perangai kanak-kanak ADHD juga boleh menjejaskan hidup mereka dalam pelbagai cara, dan menimbulkan gejala sampingan, termasuk:
  • Gangguan terhadap pencapaian akademik.
  • Perangai buruk yang menjejaskan pergaulan dan hubungan social.
  • Kesukaran mengawal emosi.
  • Kemungkinan lebih tinggi mendapat kecederaan/ kemalangan.
Ambil Satu Langkah ke Belakang …

Sebelum anda membuat kesimpulan bahawa anak anda mengalami ADHD, ingatlah bahawa semua gejala ADHD boleh dilihat di kalangan kanak-kanak normal, cuma tahapnya mungkin tidak begitu serius. Dia memerlukan diagnosis hanya apabila perangai ini berlarutan hingga jangka masa yang lama hingga dikhuatiri mengganggu perkembangan normal mereka. Sebaik-baiknya, dapatkan pandangan pakar untuk menentukan prosedur ujian yang betul sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami ADHD.

Adakah Terdapat Penawarnya?
Setakat ini belum ada penawar yang dapat mengikis ADHD sepenuhnya daripada seseorang. Bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan dengan rawatan dan kaedah intervensi yang betul, gejala ADHD dapat ditangani. Dari perspektif perubatan, ubat perangsang menjadi pilihan kerana dapat meningkatkan perhatian dan mengurangkan aktiviti dan perasaan impulsif. Terapi pemulihan tingkah laku sebaliknya membantu dengan mengajar mereka bagaimana untuk mengawal kelakuan mereka. Cara terbaik rawatan ADHD ialah dengan menggabungkan kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

sila lah komen yer... Mamaiyad sedia mendengarnya