KAWAN KAWAN

Saturday, July 24, 2010

TERBAIK UNTUK ANAK TASKA

PETIKAN DARI WWW.MAJALAHPAMA.COM.MY

Terbaik untuk anak Taska dan Tadika berkualiti
Kebanjiran taska dan tadika bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan memberi impak kepada ibu bapa untuk membuat pilihan terbaik kepada anaknya. Akibatnya ibu bapa menjadi keliru untuk membuat pilihan.
Segelintir taska dan tadika membuat gimik iklan menawarkan perkhidmatan yang mengagumkan. Persoalannya, apakah itu program berkualiti?
Menurut Prof. Madya Dr. Bustam Kamri, terdapat taska yang menekankan kurikulum yang lebih kepada akademik. Melalui kurikulum itu, kanak-kanak seawal usia diperkenalkan abjad dan nombor. Melihatkan hasilnya, anak-anak mereka berupaya menyebut abjad dan nombor, ibu bapa berbangga di atas keupayaan anak itu. 
“Memang sukar untuk menentukan taska dan tadika yang berkualiti. Sebaliknya pendidikan berkualiti adalah ditentukan oleh anda sendiri. Cuba bandingkan mana-mana program taska dan tadika dengan cara anda mengasuh dan mendidik anak. 
“Keputusan untuk menghantar anak ke taska dan tadika, andalah keputusan anda. Anda boleh merasakan sendiri bahawa program di taska yang anda lihat lebih baik dengan membuat perbandingan atau bertanya dengan teman-teman mengenai kurikulum yang ditawarkan,” jelasnya. 
“Walau apa sekali pun moto atau slogan yang digunakan oleh pengusaha taska dan tadika, program akademik dan pembelajaran haruslah mengikut arahan-guru semasa mengisi ruang masa seharian kanak-kanak di taska dan tadika,” jelasnya.
Arahan-guru bermaksud semua aktiviti pembelajaran di taska ditentukan oleh guru. Pengasuh mengarah dan kanak-kanak mengikut arahan tanpa sebarang pilihan. Contohnya pengasuh menyuruh kanak-kanak mewarna gambar yang disediakan dengan pensel warna. Kanak-kanak tidak dibenarkan mewarna cara bebas mengikut apa yang disukainya. Kesan jangka panjang kanak-kanak tidak kreatif dan pasif.
 
Akademik bermaksud aktiviti yang menekankan hal yang berkaitan dengan akademik seperti membaca abjad dan nombor. Kanak-kanak diarahkan untuk menghafal dengan membaca berulang kali. Pengasuh menggunakan pendekatan arahan-guru secara terus. Kesan jangka panjang kanak-kanak tidak kreatif dan pasif. Mereka tidak memahami apa yang dipelajari.
3 komponen
Terdapat tiga komponen utama untuk membuat penilaian taska dan tadika iaitu staf, persekitaran dan falsafah program yang dilaksanakan. 
“Anda perlu mengambil masa untuk meneliti setiap perkhidmatan di taska dan tadika sebelum menghantar anak-anak ke institusi berkenaan. Semasa membuat lawatan awal bawa anak anda bersama dan gunakan panduan yang meliputi tiga komponen utama untuk memastikan tadika dan taska itu selesa dan sesuai untuk anak anda,” jelasnya.
Program yang berpusatkan kanak-kanak lebih banyak memberi peluang kanak-kanak berinteraktif dengan bahan pembelajaran. Guru lebih banyak memberi ruang kepada kanak-kanak mengalaminya sendiri. 
Program ini bukan bergantung kepada apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebaliknya lebih menekankan kepada proses pembelajaran kanak-kanak itu. Misalannya kanak-kanak gagal memasukkan benang ke dalam lubang butang atau manik. Kanak-kanak merasa sedih. Peranan guru hendaklah berbincang mencari jalan penyelesaian.    
Guru tidak boleh menunjuk ajar tetapi lebih memberi cadangan. Contoh,“Saya tak dapat masukkan tali... lubang kecil,” kata kanak-kanak. Guru dengan senyum dan memberi keyakinan,  “Cuba gunakan benang yang ini.” Apabila telah berjaya memasukkan benang ke lubang manik atau butang. Guru hendaklah berbincang, “Mana yang boleh masuk ke dalam lubang, tali atau benang?” “Benang,” kata kanak-kanak itu dengan menunjukkan jari.
“Bagus, kamu telah berjaya,” sambil menepuk bahu kanak-kanak untuk memberi perangsang.
Ini adalah contoh situasi guru yang mengamalkan program berpusatkan kanak-kanak dan konsep penyelesaian masalah. Guru yang berkelayakan sepatutnya menjadi pilihan oleh ibu bapa. Minta penjelasan daripada pihak pengurusan tentang latar belakang guru dari segi kelulusan dan latihannya.

No comments:

Post a Comment

sila lah komen yer... Mamaiyad sedia mendengarnya