Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
- Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan / Pendaftar Pertubuhan
- Mengisi Borang Jadual P.U (A) 248 Akta Pusat Jagaan 1993
- Borang boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan percuma.
- Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan untuk mengisi borang ini.
- Kelulusan dari 3 agensi teknikal
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
(Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)
- Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
(ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
- Jadual aktiviti harian
- Jadual menu
- Senarai aktiviti bersama ibubapa
- Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM10.00)
(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan bahawa permohonan telah lengkap)
gambateh~~~
ReplyDeletehello~cheer up for you~^v^
ReplyDelete